14 Organisasi Eropah Arahkan Demo di Kedutaan Mesir.

Friday, January 8, 2010


Khamis , 07/01/2010 – Lebih dari 14 organisasi Eropah menyerukan untuk berdemo di depan kedutaan Mesir di seluruh Eropah bagi mengutuk serangan pihak keselamatan Mesir. Pihak keselamatan Mesir telah menyerang dan memukul para sukarelawan konvoi kemanusiaan “Life Line 3″ di pelabuhan El-Arish, Mesir. Demo besar-besaran dijangka akan diadakan serentak di bandar-bandar besar Eropah. Demo ini bertujuan mengutuk tindakan Mesir dan menghantar memorendum kepada kedutaan Mesir.

Gabungan organisasi Eropah ini menjangkakan ribuan masyarakat Palestin yang tinggal di Eropah dan seluruh aktivis Palestin dan juga organisasi hak asasi manusia. Demo ini akan menyampaikan mesej kepada kerajaan Mesir supaya jangan sesuka hati memperlakukan lebih 1.5juta rakyat Palestin di Gaza.

Tindakan pihak kerajaan Mesir sebelum ini di kecam hebat di seluruh dunia.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ateed

0 comments:

 
 
 
 
Copyright © Berita Minggu Ini